Merupakan seorang Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah 58 tahun Malaysia Airlines pada 29 September 2005. Tan Sri Abdul Aziz dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan danmendapat pendidikan di Malaysia, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang peguam bela dan peguam cara dan berpengalaman selama 35 tahun dalam pengurusan awam dan swasta. Beliau juga merupakan orang paling awal menyertai Malaysia Airlines semasa penubuhannya pada tahun 1971. Menerima anugerah seperti Manager of the Year Award (1984) dari Harvard Business School Alumni dan beberapa anugerah lain.