Kamus Dewan mendefinisikan keris sebagai senjata bermata dua yang tajam sama ada lurus atau berkelok-kelok bambang Harsrinuksmo dalam Ensiklopedia Keris menyatakan sesuatu senjata layak menjadi keris apabila.
Matanya terbahagi kepada dua iaitu bilah dan ganja. Bilah adalah fizikal keris itu sendiri, manakala ganja adalah sebahagian seperti cicak yang boleh diasingkan daripada bilah keris. Fungsinya adalah untuk menahan dan mengunci tikaman lawan.
Panjang bilah adalah antara 33cm-38cm, namun terdapat keris menjangkau panjang sehingga 64cm.
Bilahnya ditempa daripada dua jenis logam bagi membentuk corak unik pada mata keris yang disebut sebagai Pamor.