Kepak kecil, kapak Siam, kapak binjai manis dan kapak bungkus ialah nama nama yang sering digunakan untuk mengenal pasti senjata assassin yang sungguh digeruni di sana. Sebenarnya ia adalah senjata sulit yang diimpot dari tanah Jawa.
Kapak kecil ialah peralatan harian wanita jawa yang boleh bertukar menjadi senjata pembinasa apabila memerlukan. Ia adalah senjata sulit srikandi Jawa pada zaman dahulu.
Ilmu perang kapak kecil ini diwarisan dari srilandi srikandi zaman silam dan dipraktikan dalam aliaran harimau berasntai sehingga kini.
kapak kecil ialah alat harian yang digunakan oleh kaum wanita jawa untuk mengopek kulit pinang dan memotong buah-buah ketika bersantai. Model ini telah di bawa oleh sekeluarga pandai besi dari Jawa yang berhijrah ke Pattani di utara Semenanjung pada abad ke 15 apabila Raja Melayu Kesultanan Pattani memohon jasa baik kerajaan Madjaphit bantuan untuk membuat senjata demi mempertahankan negara dari ancaman Siam. Maka berpindah lah kapak kecil dari Jawa ke Pattani.