Digital Special Collection Portal

Garisan Sejarah Kesenian dan Pertukangan Melayu.


Citation

Mohd Salehuddin (1951) Garisan Sejarah Kesenian dan Pertukangan Melayu. Majalah Mastika.

Abstract

Tiap-tiap bangsa sedikit sebanyaknya ada mempunyai keseniannya sendiri yang telah dibentuk oleh ahli-ahli seni bangsa itu pada zaman purbakala dan berketurunanlah menjadi pusaka kepada bangsa itu. Seni itu ialah disebutkan seni asli, iaitu tumbuh dan kembang di dalam masyarakat bangsa itu dengan tidak ditambah atau diubah oleh pengaruh-pengaruh dari luar. Orang Melayu telah sedia mempunyai keseniannya yang tersendiri semenjak dari mereka turun dari negeri Yunan lagi. Pada masa sekarang kesenian asli yang masih kekal tiada kena pengaruh dari luar ini masih lagi didapati di antara puak-puak kaum yang terpencil yang mendiami Pulau Nias, Pulau Sulawesi, orang Batak di Sumatera, orang Daik di Borneo dan lain-lain lagi. Rupa bentuk

kesenian yang asli ini bolehlah dipastikan daripada ukiran-ukiran dan kumai- kumai rumah-rumah orang Batak yang melengkung bumbungnya seperti tanduk

kerbau itu dan pada corak-corak kain batik yang diperbuat di Tanah Jawa yang banyak mempunyai bentuk yang bulat-bulat atau bergelung-gelung atau seperti

rupa tulisan “S” dan bentuk-bentuk yang beranyam atau bersusun berbaris- baris. Selain daripada itu bolehlah juga didapati akan dia diukirkan pada

seruling bambu orang Minangkabau dan pada ukiran yang ditebuk pada patung- patung wayang kulit orang Jawa.

Download File / URL

[thumbnail of Garisan Sejarah Kesenian dan Pertukangan Melayu.pdf] Text
Garisan Sejarah Kesenian dan Pertukangan Melayu.pdf

Download (142kB)

Additional Metadata

Item Type: Book
Collection Type: Kelantan
Date: December 1951
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10951
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2