Zaman Megalithic ia-lah suatu zaman di-mana wujud-nya bangunan2 daripada batu besar. Batu2 itu tidak di-kerjakan se-chara halus. Bangunan tersebut di-dirikan berupa tugu atau kuboran untok memperingati nenek-moyang atau peristiwa2 besar yang lain. Sayang penyelidekan belum di-buat tentang kesan2 dari zaman ini di-Kelantan. Sunggoh pun bagitu dapat juga di-agakkan bahawa kesan2-nya terdapat juga di-sini ia-itu dengan ada-nya batu2 besar bebentok saperti gajah, buaya atau lain2 saperti yang terdapat di-Bukit Marak, Bachok Kelantan. Batu Gajah berantai maseh berdiri dengan tegak-nya di-Bukit Marak, suatu tempat peranginan di-Kelantan.