Semenanjong Tanah Melayu yang kita diami sekarang, termasok Kelantan telah pun di-dudoki oleh orang2 Melayu sejak Sa-belum Masehi lagi ia-itu dari Angkatan Melayu Pertama dan Angkatan Melayu Kedua. Kelantan sa-bagai Kerajaan Seri Wijaya Pertama banyak mengeluarkan emas, manakala hasil padi-nya chukup untok makanan pendudok-nya yang ramai itu. Banyak juga jajahan ta’alok Kelantan.
Sa-lanjut-nya, mengikut sejarah, bahawa di-sekitar tahun 690M. Seri Wijaya I telah mengembangkan sayap ke-kuasaan-nya dan mena’alokkan kerajaan2 lain di-Sumatera serta memindahkan ibu kota-nya (Kelantan menjadi ibu kota Seri Wijaya I) ka-Melayu ia-itu Palembang (Palembang menjadi ibu kota Seri Wijaya II).