Jajahan Kota Bharu merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ia disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di sebelah barat, Jajahan Tumpat di utara, Jajahan Bachok di timur dan Jajahan Machang di selatan. Di bawah pentadbiran Jajahan Kota Bharu terdapat 14 buah daerah (diketuai penggawa), 131 buah mukim (diketuai penghulu) dan 601 buah kampung. Kerajaan tempatan yang wujud ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Majlis Daerah Ketereh (dulu Majlis Daerah Kota Bharu). Antara bandar dalam jajahan ini ialah Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan Ketereh.