Pak Dogol merupakan jelmaan Dewa Sang Yang tunggal yang merupakan Dewa ditingkat teratas. Turun ke bumi dengan menukarkan dirinya menjadi seorang yang hodoh dengan itu namanya turut ditukar kepada Pak dogol. Pak Dogol digambarkan mempunyai rupa fizikal yang lucu seperti berbadan hitam,perut buncit, mulutnya muncung,hidung besar dan pusat terkeluar,dan punggung tonggek seperti itik. Namun kesetiaan dan kebaktian terhadap raja jauh melampau susuk tubuh dan cara pecakapannya. Pak Dogol dikategorikan sebagai watak pelawak dan merupakan pengasuh raja yang amat setia dan bijaksana. Pak Dogol juga merupakan penasihat utama Seri Rama dengan penuh hemah, berhati-hati, tidak sesekali bertindak menyakitkan hati raja, jauh sekali dari ingin menyanggah baginda. Seluruh hidup adalah kebaktian dan kesetiaan terhadap baginda raja sebagai tanda khidmat untuk kerajaan kuala dua derdap muda diperintah Seri Rama. Pak Dogol juga mempunyai teman-teman yang dihasilkan daripada dakinya, iaitu Wak Long,Wak Yah, Samad,dan Said.
Suatu hari, Pak Dogol seolah-olah mendapat petunjuk dari Yang Maha Kuasa untuk menghambakan dirinya di negeri Maharaja Wana. Lalu beliau menuju ke Langkapuri dan memohon berajakan Maharaja Wana. Maharaja Wana menerima Pak Dogol dan Wak Long atas sebab mereka berpewatakan lucu dan mungkin boleh menjadi penghibur kepada Siti Dewi supaya kasihkan Maharaja Wana. Pak Dogol dan Wak Long di perintahkan menjadi hamba dan pengasuh kepada Siti Dewi di istana.