Permainan ini dijalankan dengan berpasukan. Tiap-tiap pasukan lebih kurang lima orang dan ia dimainkan oleh kanak-kanak perempuan atau lelaki. dua pasukan pada sekali berlawan. Sebelum permainan itu dimulai dibuatkan dahulu satu garisan atas tanah tempat bermain yang merupakan sempadan dua buah negeri.
Tiap-tiap pasukan berada dalam satu barisan dan berpegang kuat-kuat kepada pinggang kawannya yang dihadapan. Bila sudah siap, masing-masing pasukan itu pun mara dekat dengan garisan yang disediakan itu, dengan ketua bahagian hadapan sekali. kalau permainan diteruskan lagi para pemain atau pasukan disusun semula agar ia lebih menyeronokkan.