Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 6-12 tahun. Biasanya tempat bermain ialah tempat lapang yang di kelilingnya terdapat pokok atau tunggul kayu yang besar-besar. Sebelum bermain mereka lebih dahulu memilih salah seorang untuk menjadi ibu pertama dalam permainan itu. Pilihan ini dijalankan dengan undian mencabut lidi atau batang kemuncut, Seorang yang menjadi tukang undi mengambil lidi, dipatahkan pendek dan bilangannya banyak dengan bilangan peserta, salah satu daripada lidi itu adalah panjang daripada lidi-lidi yang lain. Mana-mana peserta yang mendapat lidi panjang itu dialah akan menjadi ibu.