Digital Special Collection Portal

Watak Siti Dewi.


Citation

Muhammad Dain Bin Othman (Tok Dalang Pak Daim) Watak Siti Dewi. [Image]

Abstract

Siti dewi adalah anak kepada Tuan Puteri Mandudaki. Tuan Puteri Mandudaki mengandung selepas memakan buah delima jelmaan Dewa Sakti. Maharaja Wana pula bermimpi seekor burung merpati putih yang teramat cantik hinggap di atas istananya tetapi entah bagaimana istana beliau rebah dan runtuh. Maharaja Wana terkejut dengan mimpi itu segera meminta adindanya Mahbabu Senam yang terkenal dengan kepakaran sebagai ahli nujum untuk mentafsir mimpinya itu. Mengikut ramalan Mahbabu Senam, anak yang dilahirkan Tuan Puteri Mandudaki akan membawa tuah tetapi akan menjadi punca kematian Rawana jika dipelihara di Langkapuri. Maharaja Wana berjaya memujuk Tuan Puteri Mandudaki untuk membuang anak tersebut demi keselamatan Maharaja Wana dengan menghanyutkan ke Seberang Langka Puri.

Anak itu dijumpai oleh Maharani Kaca Api dan membawa pulang ke Watt Tujuh. Anak itu dipelihara seperti anak sendiri dan diberi nama Siti Dewi. Lama kelamaan Siti Dewi dewasa dan mempunyai rupa yang amat cantik ditambah lagi dengan kebijaksanaan dengan ilmu keduniaan dan kerohanian hasil dari didikan Maharani Kaca Api. Siti Dewi mejadi kegilaan anak-anak raja dan ini membimbangkan Maharani Kaca Api sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Watt Tujuh dan keselamatan Siti Dewi.

Maharani Kaca Api mencari jodoh kepada Siti dewi yang merupakan seorang bijaksana, pahlawan dan berketurunan baik. Pertandingan untuk memilih bakal suami kepada Siti Dewi dengan memanah tujuh pokok Tar yang ditanam diatas seekor naga yang bertindak menjaga pokok tersebut. Semua rakan-rakan yang menyertai pertandingan itu tidak dapat memanah kesemua tujuh pokok Tar tersebut, tetapi berjaya dilakukan oleh Seri Rama atas bantuan Laksamana.

Tetapi belum tentu lagi seri Rama menjadi suami kepada Siti Dewi. Maharani Kaca Api ingin menguji lagi kebijaksanaan Seri Rama dengan menyuruh Seri Rama memilih diantara Berhala Kurang Satu Empat Puluh yang mana satu Siti Dewi. Laksamana menyuruh Seri Rama untuk menggunakan lidi dan menyuluh kearah mata berhala tersebut. Yang mana berkelip, itu lah Siti Dewi dan Seri Rama berjaya menjumpai Siti Dewi dan akhirnya Siti Dewi menjadi hak milik Seri Rama.

Download File / URL

[thumbnail of Watak Siti Dewi.jpg]
Preview
Image
Watak Siti Dewi.jpg

Download (12kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10888
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2