SEJARAH GASING URI
Permainan gasing uri sememangnya telah terkenal di negeri Kelantan sejak dahulu lagi sehingga kini telah menimbulkan revolusi terbaru yang telah menjadikan gasing uri kepada gasing uri terbang. Namun begitu, sejarah tentang permainan gasing ini masih tidak dilupakan kerana ia dikatakan berasal daripada kanak-kanak yang bermain dengan buah tanjung iaitu dengan memusingkan buah tersebut untuk tujuan bersukaria. Dalam pada itu juga, tujuan penciptaannya adalah disebabkan untuk mengisi masa lapang para petani , nelayan pada zaman dahulu setelah penat bekerja. Secara tidak langsung, permainan ini telah terkenal disebabkan keunikannya yang masih berkekalan sehingga kini.