Sejarah asal usul serta perkembangan Makyung masih samar. Walaubagaimanapun, Makyung hanya wujud di Malaysia dan amat berbeza daripada persembahan di negara lain.
Makyung juga dikatakan berasal dari suku Mon-Khmer dalam zaman pemerintahan Raja Jayavarman VII, Raja Angkor (1211-1218). Raja Angkor dikatakan berkawan baik dengan Raja Patani kerana mereka hidup dalam era yang sama. Oleh sebab diterima oleh orang Patani, maka Makyung dibawa masuk dan daripada inilah bermulanya proses asimilasi budaya dalam masyarakat Kelantan-Patani dari abad ke 13