Terdapat pelbagai teori dan andaian tentang asal usul makyung. Ia begitu kompleks, sama seperti kompleksnya seni persembahan itu sendiri. Daripada lagenda sehinggalah kepada kepercayaan yang didukung oleh ritual perbomohan masyarakat tradisional, belum ada bukti yang dapat menunjukkan dengan jelas serta yakin bila ia bermula.
Beberapa pendapat mengatakan bahawa Makyung berasal dari sebuah tempat yang dikenali sebagai Tanah Serendah Sepagar Ruyung, di Ulu Terengganu, pantai timur Tanah Melayu .
Pada tahun 1960 dan 1970-an, Mubin Sheppard mengemukakan teori bahawa Makyung berkait dengan 'Ma Hiang' iaitu semangat padi. Mubin Menulis,Yong atau Yang merupakan variasi daripada Hiang, perkataan Melayu lama yang membawa maksud Semangat Bonda, sebelum kemasukan Islam di Semenanjung Tanah Melayu.