Bahan-bahan :
Lala di basuh dengan bersih (cara-cara nak hilangkan bau dan pasir pada lala: Rendam lala dalam air dan letakkan sedikit garam dan asam limau,..tuggu seketika,pastu tapis lala tadi lalukan pada air)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
Setengah inci halia
3sudu besar cili boh
Sedikit sos cili, sos tiram dan garam secukup rasa
Lada burung 8biji,nak pedas lagi pun boleh
Cara-cara :
Tumbuk sehingga lumat kesemua bahan di atas, kecuali sos tiram,cili boh dan cili sos
Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau dan kekuningan
Bila dah garing masukkan cili boh masak sehigga pecah minyak dan nasukkan setengah cawan air, kacau sehingga bahan tadi sedikit pekat,
Masukkan sos tiram,sos cili dan garam secukup rasa, masukkan lala tunggu sehingga lala dah cukup masak.
Akhir sekali hidangkan.