Bahan-bahan :
1kg Perut Lembu direbus hingga empuk
1/2 kg Paru Lembu direbus dan digoreng garing
2 Batang Timun di potong nipis
Sedikit Tauge Direndam Sekejap Dengan Air Panas
Sebungkus Keropok Keping Di Goreng
Cucur tepung ( tepung + telur + garam dan air kemudian digoreng)- dipotong kecil
Bahan kuah atau colek Masak gula melaka + cili kering yg diblend + bawang putih yang ditumbuk lumat + sedikit cuka + garam secukup rasa.
kalau ada kacang tumbuk pun boleh juga.
Cara-cara :
Campurkan semua perut, paru, keropok, timun, tauge dan cucur tepung dalam pinggan.
Siram dengan kuah atau colek secukupnya.