Bahan-bahan :
100 gm Bubur caca segera (bewarna warni ada di jual di pasaraya)
1 keping nisan (yang bulat dari kelantan)
2 sudu besar gula (kurangkan kalau tak suka manis)
2 helai daun pandan disimpul
200 ml santan pekat (biasa guna dalam kotak)
1 liter air
segenggam sagu
sedikit garam
Cara-cara :
Masukkan air, daun pandan dan caca dlm periuk. Masakkan ia sampai mendidih.
Kemudian masukkan santan, gula, nisan dan garam.
sentiasa kacau hingga caca lembut sedikit baru masukkan sagu.
Bila caca dan sagu dah betul lembut boleh diangkat dan dihidangkan.