Digital Special Collection Portal

Nasi Kukus.


Citation

Resepi Bonda Team (2015) Nasi Kukus. [Image]

Abstract

Nasi kukus ayam goreng berempah merupakan menu yang popular di pantai timur dan ia kemudiannya mendapat perhatian di Lembah Klang. Untuk membuatnya, nasi ini dimasakkan secara stim dalam mangkuk aluminium dan dihidangkan apabila pesanan dibuat. Ayam goreng berempah pula merupakan hidangan sampingan, dan apabila disajikan bersama dengan nasi kukus.

Bahan-Bahan:

4 cawan beras -rendam selama 1 jam
3 cawan air
2 helai daun pandan (simpul)

Cara Memasak:

1. Cuci bersih beras dan rendam sekejap. Kemudian toskan beras.

2. Didihkan air dalam pengukus. Masukkan daun pandan simpul dalam air. Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.

3. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering)

4. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk).

5. Beras akan mengembang dan memanjang. lebih kurang satu kali ganda. Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit.

6. Keluarkan beras tadi dan gaul dengan air (3 cawan air). Biar seketika (dalam 10 min) supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras.

7. Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (lebih kurang kukus 15 min).

8. Enak dihidang bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan hirisan timun serta kuah kari daging.

Download File / URL

[thumbnail of Nasi Kukus.jpg]
Preview
Image
Nasi Kukus.jpg

Download (421kB) | Preview
[thumbnail of Nasi Kukus2.jpg]
Preview
Image
Nasi Kukus2.jpg

Download (69kB) | Preview
[thumbnail of Nasi Kukus3.jpg]
Preview
Image
Nasi Kukus3.jpg

Download (64kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Kelantan
Date: 5 June 2015
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10857
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2