Citation
Mohd Sulhie Yusuf (2018) Awak-awak. [Image] |
Abstract
Awak-awak merupakan kumpulan yang melebihi lima orang dan menyanyikan lagu mengikut lenggok suara tertentu dalam satu nada suara. Setiap lagu yang dinyanyikan secara beramai-ramai selangi dengan tepukan mengikut tempoh-tempoh tertentu bergantung kepada melodi lagu yang dinyanyikan. Awak-awak yang baik ialah Awak-awak yang mampu menyanyikan lagu yang mempunyai nada yang tinggi, suara kuat dan menepati melodi. Setelah lengkap gabungan empat elemen seni dan memenuhi empat watak tersebut maka lengkaplah satu kumpulan Dikir Barat. Dikir Barat dipersembahkan secara berlawan antara dua kumpulan yang membuat persembahan. Dua kumpulan akan berlawan kemerduan suara dan kecekapan berhujah. Satu kumpulan terdiri dari seorang Tok Jogho selaku individu yang mengepalai kumpulan tersebut, seorang Tukang Karut, lima orang Pemuzik dan beberapa orang Awak-awak. |
Download File / URL
Full text not available from this repository.
|
Additional Metadata
Item Type: | Image |
---|---|
Collection Type: | Kelantan |
Date: | 9 April 2018 |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10830 |
Statistic Details: | View Download Statistic |