Gedombak biasanya dimainkan secara duduk, dengan gedombak diletakkan di bawah ketiak. Ia dimainkan dengan memalu secara langsung menggunakan tangan. Gedombak merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang, yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada bukaan besar.Adalah sejenis gendang berbentuk jambangan bunga. Bahagian mukanya besar dan dibalut dengan kulit kambing. Bahagian kecilnya dibiarkan berlubang. Alat muzik ini biasanya digunakan dalam kumpulan wayang kulit dan tarian tradisi.