Seni sulaman kelingkan atau keringkam ialah seni kemahiran menghias kain yang amat sinonim dengan masyarakat melayu di negara ini. Pada awal perkembangan seni kerja tangan yang unik ini, ia dipercayai bertapak di negeri Johor, Selangor dan Sarawak. Antara tokoh yang memainkan peranan yang penting dalam memekar dan mengembangkan seni warisan ini ialah Raja Permaisuri Selangor, Tengku Ampuan Jema'ah Binti Raja Ahmad (1911-1973). Almarhumah baginda mempunyai kepakaran menghasilkan kain selendang dan baju bersulam kelingkam.