Isi kandungan kitab ini membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yang difahamkan sezaman menggunakan bahan dari pokok dan tanaman yang dicampur dengan ramuan rempah antaranya ubat sembelit, sengugut dan meroyan. Namun, ia turut menampilkan penulisan menyentuh permasalahan bukan perubatan berkaitan "penguat syahwat" serta pemanis atau penyeri di mana ia banyak mencatatkan azimat-azimat berisi jampi serapah untuk pelbagai jenis tujuan termasuk melembutkan hati dan pengasih perempuan, memberi kekuatan dalam menghadap raja dan orang-orang kaya, menyembuh kesan dirasuk hantu seperti polong dan sebagainya.