Digital Special Collection Portal

Rekabentuk beg penyediaan alat bantuan awal kecemasan kes lemas


Citation

Mohamad Izaini Bin Rozali (2013) Rekabentuk beg penyediaan alat bantuan awal kecemasan kes lemas. Final Year Project thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini adalah bagi memperkenalkan konsep baru Penyediaan Rekabentuk Bantuan Awal Kecemasan Bagi Mangsa (kes lemas) di Pantai. Hal ini adalah dengan memperkenalkan konsep rekabentuk yang menitikberatkan keselesaan, kemudahan dalam penggunaan serta penyediaan alat bantuan awal kecemasan dalam aktiviti luar pengguna. Rekabentuk bantuan awal kecemasan yang sedia ada kini, ianya tidak mengkhaskan kepenggunaannya dan rekabentuk yang memberikan keselesaan terhadap pengguna. Oleh kerana itu, dengan wujudnya alat bantuan awal kecemasan bagi mangsa lemas yang baru ini, maka akan menyelesaikan masalah yang wujud, memberikan keselesaan dalam penggunaan serta sebagai alat penyediaan awal bantuan kecemasan (kes lemas) di kawasan pantai.Rekabentuk bantuan kecemasan yang baru dihasilkan ini dikhaskan peng-gunaannya dan menggunakan bahan pembuatan yang tahan lasak serta mudah dibawa kemana-mana. Pengguna akan lebih berpuas hati ketika menggunakan bantuan awal kecemasan yang baru direkabentuk ini jika dibandingkan dengan bantuan kecemasan yang sedia ada. Dalam pada itu juga, penyediaan bantuan awal yang direkabentuk adalah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tersendiri dimana ia menitikberatkan keselamatan anggota penyelamat perlu memiliki ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan anggota turut mengalami kemalangan sepertimana mangsa yang ingin diselamatkannya.

Download File / URL

[thumbnail of MOHAMAD IZAINI BIN ROZALI.pdf] Text
MOHAMAD IZAINI BIN ROZALI.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Undergraduate Final Project Report
Collection Type: Final Year Project
Date: 2013
Number of Pages: 89
Supervisor: Gihon Nugrahadi
Programme: Teknologi Kreatif Dan Warisan
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10572
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2