Penulisan ilmiah ini merupakan kajian terhadap Peranan Muzium Kepada Masyarakat : Kajian Kes Di Muzium Kota Tinggi, Johor. Persoalan yang dikupas di dalam penulisan ilmiah ini terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu keberkesanan pihak Muzium Kota Tinggi dalam memberikan maklumat berpendidikan serta rujukan, keberkesanan muzium dalam membentuk jati diri dan semangat patriotisme masyarakat dan melihat sejauh mana muzium menjadi lambang warisan dan budaya. Kajian ini merupakan satu kajian yang ingin mengupas keberkesanan pihak muzium dalam memberikan pendidikan secara tidak formal kepada masyarakat. Penulisan ilmiah ini menggunakan metode pemerhatian (observation) dan menggunakan kajian borang soal selidik.