Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara faktor-faktor pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan dengan prestasi perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Kelantan. Sampel kajian ini terdiri daripada 220 buah organisasi yang dipilih secara rawak sistematik berdasarkan senarai organisasi PKS yang berdaftar dengan SMEcorp. Data dikumpul menggunakan set soalan soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.1 untuk mendapatkan maklumat mengenai demografi dan maklumat mengenai dimensi pengurusan melalui analisis deskriptif dan inferensi. Analisis data mendapati semua objektif terjawab dan semua hipotesis disokong. Organisasi boleh menggunakan elemen pengurusan sebagai mekanisme untuk meningkatkan prestasi organisasi dan menikmati kelebihan bersaing seterusnya menentukan kelestarian organisasi dalam jangka masa panjang.