Citation
Wan Ji Wan Hussin (2016) Pemahaman maqasid syariah melalui teori Fath al- Zarai’e dalam menanggapi beberapa isu fiqh di Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan. |
Abstract
Kajian ini meneliti teori Fath al-Zarai’e yang merupakan salah satu kaedah dalam disiplin Maqasid Syariah. Ia bertujuan untuk mengkaji asas-asas utama disiplin ilmu maqasid syariah dan merungkai teori Fath al-Zarai’e sebagai kaedah penyelesaian isu-isu semasa yang sering menjadi polemik di dalam konteks Malaysia. Kajian ini berbentuk kepustakaan dan data dianalisis menggunakan metod induktif dan komperatif. Dapatan kajian ini menonjolkan disiplin maqasid syariah melalui teori Fath al-Zarai’e sebagai salah satu kaedah yang signifikan dalam menawarkan penyelesaian yang membawa implikasi rahmat kepada isu-isu yang berkaitan dengan sikap beragama dalam masyarakat. Kajian ini boleh menjadi panduan dalam pembinaan hukum-hukum agama yang seharusnya dilihat secara holistik dan komprehensif berdasarkan prinsip tercapainya maslahah kepada manusia. |
Download File / URL
|
Additional Metadata
Item Type: | UMK Etheses |
---|---|
Collection Type: | Thesis |
Date: | 2016 |
Number of Pages: | 365 |
Supervisor: | Prof. Madya Dr. Nik Yusri Musa |
Programme: | Sarjana Sastera |
Institution: | Universiti Malaysia Kelantan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Faculty/Centre/Office: | Faculty of Language Studies and Human Development |
URI: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10290 |
Statistic Details: | View Download Statistic |