Digital Special Collection Portal

Kajian penghasilan produk kreatif dengan menggunakan bahan buangan "Flex Banner"


Citation

Md Khairil Hafizi Muhamad (2017) Kajian penghasilan produk kreatif dengan menggunakan bahan buangan "Flex Banner". Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan potensi plastik banner yang dibuang dari industri pengiklanan di Kemaman,Terengganu untuk menghasilkan produk kreatif.Terdapat tiga jenis industri yang terlibat dalam kajian ini iaitu industri pengiklanan,industri kitar semula plastik dan badan berkanun.Pelupusan dan pembakaran terbuka terhadap bahan buangan plastik banner yang diamalkan oleh kebanyakan industri pengiklanan menyumbang kepada pembaziran dan pencemaran alam sekitar.hasil temuramah dengan dua buah syarikat pengiklanan menunjukkan sisa plastik banner hanya akan dibuang begitu sahaja.Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini,kajian terperinci mengenai potensi penggunaan plastik banner sebagai alternatif untuk menghasilkan produk kreatif telah dilakukan.Tiga ujikaji telah dijalankan bagi melihat hasil yang diperolehi samaada boleh digunakan untuk menghasilkan produk kreatif atau tidak.Tiga ujikaji tersebut ialah ujikaji pembakaran ke atas plastik banner,ujikaji ketahanan tampalan dan ujikaji ketahanan jahitan.Ujikaji pembakaran melibatkan proses pembakaran menggunakan ketuhar elektrik dan mesin kalorimetri pengimbasan pembezaan.Hasil yang diperolehi menunjukkan plastik banner yang dibakar hanya hancur pada suhu yang tinggi,ini menunjukkan bahawa bahan ini agak susah untuk dilupuskan.Ujikaji ketahanan pula menggunakan mesin UMTM.Ujikaji ketahan tampalan pula menggunakan sisa plastik banner yang dipotong kepada cebisan kecil,kemudian ditampal menggunakan gam.Hasil yang diperolehi menunjukkan sisa plastik banner boleh menghasilkan produk kreatif dengan kaedah tampalan.Ujikaji ketahan terhadap teknik jahitan dengan menggunakan mesin UMTM,penemuan daripada kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan buangan plastik banner sebagai alternatif untuk mengahsilkan produk kreatif adalah satu pendekatan yang berdaya maju bagi memberi nilai kepada hasil sisa buangan tersebut serta dapat mencegah pencemaran alam sekitar.Oleh itu,hasil daripada kajian ini membuktikan penghasilan produk kreatif daripda plastik banner boleh memberikan pendapatan dan juga mempelbagaikan produk kreatif yang sedia ada di pasaran komersial.

Download File / URL

[thumbnail of 14 md khairil.pdf] Text
14 md khairil.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2017
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10249
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2