Kajian ini adalah untuk melihat tahap keperluan guru-guru yang mengajar matapelajaran sejarah terhadap penggunaan infografik statik yang menerangkan kronologikal sesebuah penceritaan dan melihat tahap penerimaan guru terhadap rekaan rekabentuk grafik bagi sesebuah infografik kronologikal berdasarkan keperluan rekabentuk mengikut kecenderungan guru, serta melihat ciri-ciri rekabentuk grafik yang di perlukan oleh guru-guru khususnya guru-guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di peringkat menengah. Tahap keperluan, penerimaan dan ciri-ciri rekabentuk grafik ditentukan dengan menggunakan soalan soal-selidik. Seramai 150 orang guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di 15 buah sekolah menengah telah dipilih sebagai sampel kajian. Kepentingan dan manfaat kajian ini telah diperoleh dan mendapati tahap keperluan guru terhadap penggunaan infografik dalam penyampaian maklumat kronologik aladalah tinggi. Penerimaan terhadap rekaan sesebuah infografik mengikut keperluan guru juga didapati adalah tinggi dan segala ciri-ciri rekabentuk grafik mengikut keperluan guru juga telah dikenalpasti sebagai panduan kepada pereka grafik dalam menghasilkan sesebuah infografik kronologikal.