Digital Special Collection Portal

Keberkesanan model pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi mudah alih terhadap pelajar pekak bisu


Citation

Mat Redhuan Samsudin (2019) Keberkesanan model pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi mudah alih terhadap pelajar pekak bisu. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Aplikasi mudah alih telah menjadi alat penting dalam pelbagai bidang terutama pendidikan. Namun begitu, pelaksanaan teknologi dalam pendidikan terhadap pelajar kelainan upaya pekak bisu masih kurang berbanding pelajar normal. Hal ini disebabkan oleh kekurangan bahan digital yang sesuai dengan keperluan pelajar. Kajian awal mendapati bahawa pengajaran dan pembelajaran pelajar kelainan upaya pekak bisu masih menggunakan kaedah pembelajaran secara konvensional kerana kekurangan alat bantu belajar digital. Mereka juga mempunyai kelemahan dalam komunikasi non verbal dan masalah memori jangka masa pendek. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri pembelajaran menggunakan aplikasi mudah alih dan impak aplikasi mudah alih terhadap pencapaian, tahap kemahiran komunikasi dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa isyarat dalam konteks Bahasa Melayu. Populasi kajian ini adalah seramai 1045 orang pelajar. Sampel dipilih dari kalangan pelajar pekak bisu dan seramai 19 responden terlibat dalam kajian eksperimen. Manakala 122 orang responden terlibat dalam kajian tinjauan berdasarkan populasi yang sama. Penyelidikan ini menggunakan instrumen soalan ujian bagi kaedah eksperimen untuk mengenal pasti tahap pencapaian pelajar berdasarkan domain kognitif Tasksonomi Bloom iaitu pemahaman dan pengetahuan. Kajian ini juga menggunakan soalan soal selidik bagi mendapatkan data untuk mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi dan motivasi pelajar. Deskriptif analisis digunakan dalam kajian ini bagi mengukur min pencapaian pelajar. Manakala ujian regrasi linear digunakan untuk mengukur tahap kemahiran komunikasi dan motivasi pelajar menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science 21(SPSS). Hasil dapatan kajian eksperimen yang dijalankan bagi kaedah pembelajaran konvensional menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 35.98% manakala aplikasi mudah alih pula meningkat sebanyak 197.51%. Keadaan ini menunjukkan aplikasi mudah alih signifikan untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar dengan jumlah perbezaan 161.53%. Keputusan soal selidik pula menunjukkan aplikasi mudah alih signifikan untuk meningkatkaan motivasi dan tahap kemahiran komunikasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, hanya strategi pedagogi yang mempunyai hubungan terhadap tahap kemahiran komunikasi pelajar. Manakala tahap motivasi pelajar pula mempunyai hubungan terhadap strategi pedagogi dan peranti mudah alih. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa aplikasi mudah alih mampu memberi impak kepada pelajar dan menjadikan ia sebagai satu kaedah alternatif untuk membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Download File / URL

[thumbnail of Mat Redhuan Samsudin umk.pdf] Text
Mat Redhuan Samsudin umk.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2019
Subject Heading: Deaf
Subject Heading: Educational technology
Number of Pages: 361
Call Number: LB1028.3 .M38 2019 tes
Supervisor: Tan Tse Guan
Programme: Doktor Falsafah
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10145
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2