Digital Special Collection Portal

Penilaian terhadap pelaksanaan program agama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam usaha pemantapan akidah


Citation

Nur Syazwani Ismail (2020) Penilaian terhadap pelaksanaan program agama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam usaha pemantapan akidah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Kelantan. (Submitted)

Abstract

Kepincangan dan kerosakan akidah dalam kalangan masyarakat masa kini dilihat semakin parah dan bertambah serius ekoran daripada kewujudan pelbagai kes jenayah yang berlaku di negara kita dan hal ini tidak dapat dinafikan bahawa ia juga turut melanda masyarakat Islam khususnya di negeri Kelantan. Justeru, proses pengukuhan akidah perlu dipertingkat dan diperhebatkan lagi oleh pihak berwajib seperti majlis agama bagi membantu kerajaan menangani kes-kes jenayah yang kian meruncing. Ini kerana, faktor pengukuhan akidah Islam turut memainkan peranan penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang hebat dan positif dalam menjalani kehidupan yang baik mengikut ciri-ciri akidah yang betul serta bebas daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang bertentangan dengan syariat Islam. Perkara ini juga boleh dikatakan mempunyai kaitan antara perbuatan seseorang muslim dengan kekuatan iman dan pegangan agama yang teguh kerana semakin tinggi pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai ilmu agama maka semakin baik akhlak dan tingkahlaku yang ada pada diri seseorang itu.

Download File / URL

[thumbnail of Nur Syazwani binti Ismail.pdf] Text
Nur Syazwani binti Ismail.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: UMK Etheses
Collection Type: Thesis
Date: 2020
Number of Pages: 346
Call Number: HD4904.7 .N87 2020 tes
Supervisor: Dr. Nawi @ Mohd Nawi bin Ismail
Programme: Doctor of Philosophy
Institution: Universiti Malaysia Kelantan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/10112
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2