Digital Special Collection Portal

APC 2011


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Jabatan Pendaftar (2012) APC 2011. [Image]

Abstract

Utamakan pembangunan sahsiah diri bagi membentuk kecemerlangan Universiti

STAF Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu mengutamakan pengurusan berkualiti, tadbir urus yang lebih telus serta berpegang teguh pada ajaran agama masing-masing kerana bagi mengelakkan mudah terjerumus ke dalam perkara-perkara yang tidak diingini seperti salah laku dan penyelewengan.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman berkata, selain itu mereka juga perlu dilengkapi dengan pegangan hidup dan kawalan jati diri yang mantap, sahsiah diri serta penguasaan teknologi bagi membentuk modal insan berkualiti pada masa akan datang.

"Ini adalah sejajar dengan matlamat kerajaan yang sentiasa meletakkan kepentingan modal insan sebagai keutamaan dalam menjana pembangunan negara dan sektor awam yang merupakan fasilitator kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Berbagai usaha telah dibuat untuk menjamin sektor awam sentiasa cekap dan berkesan dan pengiktirafan dalam anugerah khidmat cemerlang merupakan di antara salah satu daripada usaha kerajaan dalam memberikan motivasi kepada anggota perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyampaian anugerah kepada lebih 70 penerima anugerah bagi empat kategori, iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011, Anugerah Gemilang UMK, Anugerah Jasa Bakti (11) dan Anugerah Kualiti Naib Canselor, di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Y.Bhg. Dato’ Seri Setia Raja Dato’ Haji Mohd Aiseri bin Alias, YBhg. Dato’ Mohamed Hussein dan Y.B. Datuk Sr. Haji Md. Alwi bin Haji Che Ahmad.

Hadir sama, Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg. Prof. Madya Abdul Aziz bin Ab. Latiff, Pengarah UMK Kampus Jeli, YBhg. Prof. Dr. Ibrahim bin Che Omar dan Pendaftar UMK, YBhg. Prof. Dr. Razli bin Che Razak.

Pada majlis itu, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah, menegaskan bahawa kecemerlangan atau sesuatu kejayaan itu bukanlah mudah untuk dicapai atau dikecapi tanpa perjuangan dan pengorbanan.

Beliau berkata, setiap penjawat awam sentiasa mahu mencapai kecemerlangan dan menginginkan pengiktirafan terutamanya dalam kerjaya, tetapi tidak semua di antara kita yang sanggup menyingsing lengan menongkah arus cabaran.

“Justeru itu, kita sewajarnya mempersiapkan diri di dalam organisasi dan misi Negara, pembangunan modal insan yang bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan dengan memiliki minda kelas pertama, di mana mereka mempunyai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, Negara dan dunia.

“Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik,” ujar beliau yang juga Presiden dan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad.

Jelas beliau, penjawat awam juga harus bersedia berfikir di luar kotak kebiasaan bagi melakukan perubahan dan anjakan seterusnya, terutamanya dalam persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan yang amat kompetitif, sukar diramal dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang sentiasa berubah.

Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Raduan berkata, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 adalah majlis tahunan yang mengiktiraf dan menghargai staf yang telah menyumbang kepada perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2011.

“Majlis anugerah tahunan ini diadakan sebagai tanda penghargaan universiti kepada staf yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan harapan ianya menjadi pencetus semangat kepada seluruh warga UMK untuk meneruskan khidmat dengan lebih cemerlang.

“Ianya juga selari dengan Hala Tuju Universiti yang menekankan “Budaya Kerja Prestasi Tinggi” di dalam usaha memacu transformasi Universiti Selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk menaik taraf universiti berkonsepkan keusahawanan itu ke peringkat global,” katanya.

Download File / URL

[thumbnail of apc.jpg]
Preview
Image
apc.jpg

Download (268kB) | Preview
[thumbnail of apc1.jpg]
Preview
Image
apc1.jpg

Download (263kB) | Preview
[thumbnail of apc2.jpg]
Preview
Image
apc2.jpg

Download (291kB) | Preview
[thumbnail of apc3.jpg]
Preview
Image
apc3.jpg

Download (244kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Date: 24 November 2012
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9960
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2