Digital Special Collection Portal

UMK dan MARA jalin kerjasama melalui latihan pembentukan usahawan


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Pusat Penyelidikan & Inovasi Keusahwanan (GERIC-UMK) (2012) UMK dan MARA jalin kerjasama melalui latihan pembentukan usahawan. [Image]

Abstract

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, menerima surat tawaran program Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA), daripada Timbalan Menteri KKLW, YBhg. Dato’ Hasan Malek pada Majlis Makan Malam Perdana Bersama Usahawan MARA Kelantan, di sebuah hotel, pada 1 Oktober 2012.

Tawaran program LPU ini merupakan satu lagi jalinan kerjasama antara UMK dan MARA bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai alam keusahawanan, peluang perniagaan dan juga sumber pembiayaan.

Program latihan ini bagi menyediakan peluang kepada pelajar UMK yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dibawah bimbingan MARA apabila tamat pengajian nanti menerusi pelbagai pendedahan simulasi keusahawanan serta diberi peluang untuk menjalankan perniagaan.

Download File / URL

[thumbnail of mara.jpg]
Preview
Image
mara.jpg

Download (273kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 15 Oct 2012 10:45
Last Modified: 23 May 2022 17:22
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9950
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2