Digital Special Collection Portal

Program Ihya Ramadan UMK bantu 100 anak yatim beli persiapan Aidilfitri


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) Program Ihya Ramadan UMK bantu 100 anak yatim beli persiapan Aidilfitri. [Image]

Abstract

KEDATANGAN Syawal kali ini lebih memberi makna buat anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik dari di sekitar daerah di Bachok apabila di bawa untuk membeli-belah bagi persediaan menyambut hari raya Aidilfitri, di Mydin Mall, Kubang Kerian, Kelantan.

Mereka terdiri daripada 100 anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik daripada Sekolah Kebangsaan Bachok, Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi, Sekolah Kebangsaan Tawang, Sekolah Kebangsaan Jelawat 2, Sekolah Kebangsaan Tangok, Sekolah Kebangsaan Badak, Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Sekolah Kebangsaan Kubang Golok, Sekolah Kebangsaan Perupok dan Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.

Pengarah Pusat Hubungan Korporat dan Strategik (PHKS), YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran bin Nik Muhammad, berkata, pada program kali ini setiap anak-anak ini diperuntukkan sebanyak RM100 untuk setiap seorang bagi membeli pakaian mereka dan turut diberi duit raya.

Katanya, sumbangan duit raya itu diberikan pada majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, di Dewan Terbuka Keusahawanan UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa.

Download File / URL

[thumbnail of mydin.jpg]
Preview
Image
mydin.jpg

Download (435kB) | Preview
[thumbnail of mydin1.jpg]
Preview
Image
mydin1.jpg

Download (238kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Date: 15 August 2012
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9938
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2