Digital Special Collection Portal

UMK Agih Bubur Lambuk Sempena Ihya Ramadan


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) UMK Agih Bubur Lambuk Sempena Ihya Ramadan. [Image]

Abstract

Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah (PPBPI), YBhg. Prof. Dr. Farok bin Zakaria, mengagihkan 400 paket bubur lambuk kepada penduduk sekitar Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 30 Julai 2012.

Pemberian bubur lambuk itu adalah sempena program Ihya' Ramadan anjuran Unit Islam dan Pembangunan Nilai (UniPen) membabitkan tiga kampus iaitu UMK Kampus Kota, Kampus Jeli dan Kampus Bachok.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam Unipen, En. Wan Mohd Amir bin Yusoff, program memasak bubur lambuk ini merupakan kali kedua diadakan secara bergotong-royong oleh warga UMK.

“Kesemua bubur lambuk ini dimasak sendiri secara gotong-royong dan turut mendapat kerjasama daripada pelajar yang dimasak dalam dua resipi iaitu resipi asal dari Selangor dan yang telah diolah mengikut cita rasa orang Kelantan," katanya.

Download File / URL

[thumbnail of bubur.jpg]
Preview
Image
bubur.jpg

Download (167kB) | Preview
[thumbnail of bubur1.jpg]
Preview
Image
bubur1.jpg

Download (164kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Date: 30 July 2012
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9934
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2