Digital Special Collection Portal

UMK beri impak kepada pembangunan Jeli


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) UMK beri impak kepada pembangunan Jeli. [Image]

Abstract

KEMAJUAN pesat kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut dirasai oleh penduduk Jeli terutamanya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk sekaligus merancakkan pembangunan infrastruktur awam di sekitar kawasan kampus universiti itu dengan pelbagai kemudahan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB. Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, penubuhan UMK memberi manfaat besar kepada masyarakat Jeli dan seharusnya mereka mengambil peluang ekonomi dengan menyediakan pelbagai keperluan untuk menampung permintaan warga universiti.

Katanya, selain itu, pelbagai program yang dianjurkan oleh Universiti juga dapat memberikan manfaat kepada penduduk seluruh daerah Jeli disamping universiti dapat memindahkan sebahagian ilmunya kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ihya Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli dengan Masyarakat, di kampus Jeli, di sini, semalam.

Sempena majlis itu, Dato’ Sri Mustapa dan Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose turut menyampaikan sumbangan wang zakat kepada 190 anak yatim daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh daerah Jeli.

Download File / URL

[thumbnail of jeli.jpg]
Preview
Image
jeli.jpg

Download (386kB) | Preview
[thumbnail of untitled-2.jpg]
Preview
Image
untitled-2.jpg

Download (205kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Date: 25 July 2012
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9927
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2