Digital Special Collection Portal

TNC (Akademik & Antarabangsa) dilantik Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor SISPA


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2012) TNC (Akademik & Antarabangsa) dilantik Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor SISPA. [Image]

Abstract

TIMBALAN Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi dilantik sebagai Pegawai Kehormat dan Bersekutu Pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) pada Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu dan Pegawai Kadet SISPA, baru-baru ini.

Beliau menerima pemakaian pangkat sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor Sispa oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Wira Abu Seman Yusop, sempena Majlis Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Kali Ke – 3 2012, di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu, pada 18 Julai 2012.

Selain Prof. Dr. Roselina, pemakaian pangkat baru itu turut melibatkan enam orang pegawai UMK Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi, En. Zulhazman bin Hamzah (Leftenan Kolonel Bersekutu) dan Ketua Pustakawan, En. Azman bin Hashim (Mejar Bersekutu).
Manakala pemakaian pangkat bagi Kapten Bersekutu Kor Sispa UMK ialah Pegawai Belia dan Sukan, En. Wan Ahmad Khairul bin Wan Ahmad Najib, Pegawai Teknologi Maklumat, En. Mohd Fadli bin Mohd Zain, Penolong Pendaftar, En. Raja Azlan bin Raja Ismail dan Penolong Pendaftar Fakulti Perubatan Veterinar, Cik Nor Azlina binti Kamarudin.

Download File / URL

[thumbnail of untitled-1.jpg]
Preview
Image
untitled-1.jpg

Download (68kB) | Preview
[thumbnail of untitled-2 (3).jpg]
Preview
Image
untitled-2 (3).jpg

Download (152kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Date: 18 July 2012
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9923
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2