Digital Special Collection Portal

500 warga UMK rai maulidur rasul


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2011) 500 warga UMK rai maulidur rasul. [Image]

Abstract

Sambutan Maulidur Rasul yang menjadi tradisi di negara ini turut dihayati pelajar di institusi pengajian tinggi yang menganggapnya satu peluang 'mencaj' kembali ingatan kepada perjuangan dan panduan hidup yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

Mahasiswa di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) umpamanya tidak ketinggalan menyertai acara perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat universiti itu baru-baru ini, sebagai satu simbol menyatakan kecintaan kepada junjungan besar umat Islam itu.Sambutan itu mendapat sambutan kira-kira 500 warga kampus terdiri daripada kakitangan dan pelajar yang berarak mengelilingi kawasan pusat perniagaan di Pengkalan Chepa iaitu lokasi sementara kampus UMK sambil mengangkat sepanduk dan berselawat beramai-ramai.Program perarakan dan ceramah anjuran Unit Islam dan Pembangunan Nilai (UniPeN) UMK itu diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed.

Download File / URL

[thumbnail of wt_05.1.jpg]
Preview
Image
wt_05.1.jpg

Download (26kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Date: 2 March 2011
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9915
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2