Digital Special Collection Portal

UMK,mara lahir graduan ‘Sains Keusahawanan’


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Canselori (2011) UMK,mara lahir graduan ‘Sains Keusahawanan’. [Image]

Abstract

Program Persediaan Keusahawanan Sains (PPKS) yang merupakan kerjasama antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal menjadi program pengajian pra universiti terbaru yang akan melahirkan graduan sains dengan latar belakang kukuh dalam bidang keusahawanan.

Ketua Pengarah MARA, YBrs. Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad berkata, seramai 200 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menjadi kumpulan pertama mengikuti program itu selama setahun di Kolej MARA Kulim, Kedah bermula 22 Mei ini sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di UMK.

Katanya, pelaksanaan program itu penting selaras dengan pelan transformasi MARA yang memberi fokus kepada bidang keusahawanan kalangan bumiputera dan peluang pendidikan bertaraf global.

“Kami percaya seorang usahawan boleh dilatih dan program ini adalah sebahagian proses untuk membentuk mereka sejak dari peringkat awal lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dan pelancaran PPKS di Kampus UMK, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 18 April 2011.

Hadir sama Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai Mohamed; Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, En. Abd. Rahim bin Hashim dan Pengerusi PPKS merangkap Dekan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli UMK, YBhg. Prof. Dr. Hj. Ibrahim bin Che Omar.

Download File / URL

[thumbnail of moa.jpg]
Preview
Image
moa.jpg

Download (29kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Image
Collection Type: Institution
Date: 2011
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9899
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2