Digital Special Collection Portal

Falsafah wakaf pendidikan tinggi: analisis epistemologi dan aksiologi


Citation

Noor Hisham Md Nawi and Marwan Ismail and Mohd Kamil Ahmad (2017) Falsafah wakaf pendidikan tinggi: analisis epistemologi dan aksiologi. [Journal and Bulletin] (Submitted)

Abstract

Wakaf pendidikan tinggi mula mendapat perhatian serius dari pelbagai pihak lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi negara yang tidak serancak sebelumnya. Kemunculannya menjadi sebahagian daripada solusi alternatif khususnya dalam bidang pendidikan tinggi di Malaysia. Pelaksanaan wakaf pendidikan tinggi dalam dunia pendidikan moden secara tidak cermat dikhuatiri tidak selari dengan tujuan dan falsafah wakaf pendidikan tinggi yang sebenar. Perbincangan dimulakan dengan menyingkap semula konsep wakaf dan pendidikan,asal usul dan tujuan terakhir setiapnya.Penulisan ini menggunakan kaedah penyelidikan falsafah dialektik yang mengandungi tiga proses utama iaitu analisis, sintesis dan kritis. Lima fokus utama diberikan untuk memahami falsafah wakaf pendidikan tinggi iaitu pengertian konsep wakaf pendidikan, asal usul atau sumber kewujudannya, hubungan dan perkaitan antara konsep wakaf dan gagasan pendidikan tinggi,tujuan sebenar wakaf pendidikan tinggi dan implikasi konsep wakaf pendidikan tinggi terhadap sistem pendidikan Islam. Konsep wakaf pendidikan tinggi seharusnya bersambungan dengan tujuan sebenar pendidikan menurut pandangan alam Islam sesuai dengan asal usul wakaf yang bersumberkan wahyu. Wakaf dan pendidikan tinggi mempunyai hubungan yang tersendiri berdasarkan epistemologi dan aksiologi Islam. Dengan kefahaman tersebut, gagasan wakaf pendidikan tinggi memberi impak yang signifikan kepada sistem pendidikan tinggi khususnya dalam suasana pendidikan moden hari ini.

Download File / URL

Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.umk.edu.my

Additional Metadata

Item Type: Journal and Bulletin
Collection Type: Institution
Date: 2017
Journal or Publication Title: Falsafah Wakaf Pendidikan Tinggi:Analisis Epistemologi dan Aksiologi
Uncontrolled Keywords: Wakaf : Pendidikan tinggi : Wakaf pendidikan tinggi: Falsafah dan sistem pendidikan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9577
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2