Digital Special Collection Portal

UMK dan MPC perluaskan jaringan kerjasama strategik


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Pusat Hubungan Korporat dan Strategik UMK dan MPC perluaskan jaringan kerjasama strategik. [UMK News]

Abstract

KUALA LUMPUR 5 Jun – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan kerjasama dalam memperluaskan hubungan dua hala dan pertukaran kerjasama akademik apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Pengarah Hal Ehwal Korporat (PHEK), UMK, YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran binti Nik Muhammad, pihak UMK memilih menjalin kerjasama dengan MPC adalah bertujuan untuk menyediakan satu rancangan kerjasama antara organisasi dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi serta latihan yang berkaitan. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) oleh Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Mohd Razali bin Hussain kepada Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, sempena Pelancaran Laporan Produktiviti 2012/2013 dan Forum Produktiviti 2013 (CREANOVA 2), di sebuah hotel di Bandar Sunway, Kuala Lumpur.

Download File / URL

Additional Metadata

Item Type: UMK News
Collection Type: Kelantan
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 03 Jul 2013 08:59
Last Modified: 23 May 2022 13:20
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9473
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2