Digital Special Collection Portal

10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Afrika lawat UMK Kampus Jeli


Citation

Universiti Malaysia Kelantan, Pusat Hubungan Korporat dan Strategik (2012) 10 Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Afrika lawat UMK Kampus Jeli. [UMK News]

Abstract

Pada 22 Nov. Seramai 10 duta dan pesuruhjaya tinggi negara-negara Afrika di Malaysia melawat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli sempena lawatan kerja mereka ke negeri Kelantan selama empat hari.

Kunjungan delegasi tersebut yang diketuai oleh Duta Sudan ke Malaysia, Nadir Yousif El-Tayed Babiker itu telah disambut oleh Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, pegawai-pegawai kanan, kakitangan akademik dan bukan akademik serta pelajar UMK.

Menurut Nadir Yousif, pihaknya berasa berbesar hati kerana dapat berkunjung ke UMK Kampus Jeli untuk bertemu, berbincang dan bertukar idea serta menerokai jalinan kerjasama yang boleh diwujudkan antara universiti di Malaysia dan negara-negara Afrika.

Download File / URL

Additional Metadata

Item Type: UMK News
Collection Type: Kelantan
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 25 Nov 2012 09:22
Last Modified: 23 May 2022 13:28
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9437
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2