Digital Special Collection Portal

Tahap penggunaan ciri-ciri linguistik dalam buku teks berbahasa Arab


Citation

Kamarulzaman Abdul Ghani and Ahmad Sabri Noh and Nik Mohd Rahimi Nik Yusuff and Zulazhan Ab. Halim (2016) Tahap penggunaan ciri-ciri linguistik dalam buku teks berbahasa Arab. In: Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11, 15-16 Nov 2016, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Abstract

Dalam kajian kebolehbacaan antara aspek penting adalah unsur-unsur
linguistik dalam teks. Tahap penggunaan unsur linguistik berdasarkan tahap keupayaan
pelajar dalam buku teks berbahasa kedua adalah penting bagi membantu kefahaman
kandungan dan keupayaan berbahasa pelajar. Kekurangan kajian dalam menilai tahap
penggunaan unsur linguistik ini mendorong kajian ini dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti tahap penggunaan ciri-ciri linguistik dalam buku-buku teks berbahasa Arab
di sekolah menengah agama (SMA). Sebanyak 315 sampel teks yang mengandungi 100
patah perkataan di pilih secara rawak daripada 105 buah buku teks tingkatan 1 hingga
tingkatan 5 di SMA telah digunakan untuk analisis. 7 ciri linguistik yang dianalisis ialah
perkataan biasa dan kerap, perkataan abstrak, ayat mudah, ayat kompleks, ayat kata nama,
purata panjang ayat serta kata hubung dan penanda wacana. Analisis deskriptif menggunakan
peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil analisis menunjukkan penggunaan ayat mudah, ayat
kompleks dan ayat kata nama berada pada tahap sederhana. Namun, tahap ayat kompleks
lebih tinggi daripada ayat mudah. Perkataan biasa dan kerap berada pada tahap yang tinggi
tetapi perkataan abstrak berada pada tahap rendah. Manakala kata hubung dan penanda
wacana berada pada tahap sederhana. Aras penggunaan ciri-ciri linguistik mengikut
tingkatan perlu diambil kira untuk memastikan kebolehbacaan yang sesuai bagi bahan
bacaan berbahasa Arab untuk bukan penutur. Kajian ini menunjukkan kekerapan ciri-ciri
linguistik tersebut perlu diselaraskan penggunaannya mengikut tingkatan dengan meraikan
perkembangan penguasaan berbahasa pelajar dan mengikut keperluan isi pembelajaran mata
pelajaran.

Download File / URL

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Uncontrolled Keywords: Ciri-ciri linguistik: buku teks berbahasa Arab: kebolehbacaan: kurikulum Azhari: sekolah menengah agama
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 09 May 2021 04:04
Last Modified: 23 May 2022 11:18
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9227
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2