Digital Special Collection Portal

Perniagaan Usahasama dengan Masyarakat Temiar di Lojing, Gua Musang; Tatabudaya Penerimaan dan Prospek Perniagaan Muslim


Citation

Abdul Aziz Ab Latif and Nur Azuki Yusuff and Marwan Ismail (2008) Perniagaan Usahasama dengan Masyarakat Temiar di Lojing, Gua Musang; Tatabudaya Penerimaan dan Prospek Perniagaan Muslim. In: Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan, 15 Okt 2008, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Abstract

Prospek perniagaan usahawan muslim bersifat usahasama dengan
masyarakat Bumiputera Senoi suku Temiar di kawasan tanah tinggi Lojing,
Gua Musang adalah besar. Begitu juga dari sudut penerokaan kawasan
tersebut untuk pelbagai sektor ekonomi yang menaiktarafkan kehidupan
mereka di samping memajukan perniagaan yang diceburi usahawan
muslim. Kertas kerja ini mengetengahkan tiga perkara utama iaitu
berkenaan pengenalan terhadap potensi sumber alam dan kerjaya
masyarakat tempatan, seterusnya bentuk prospek perniagaan yang boleh
diceburi usahawan muslim bersama masyarakat Bumiputera Senoi suku
Temiar di samping mengetahui pendekatan budaya dan sosial ke arah
penerimaan masyarakat ini terhadap masyarakat luar khususnya usahawan
muslim. Masyarakat Temiar tidak mudah dijinakkan dengan janji-janji
kosong walaupun mereka bersifat penyegan dan menghormati tetamu.
Pembelaan nasib mereka perlu diberi perhatian dalam maksud tidak boleh
mengambil kesempatan terhadap mereka. Pengumpulan sumber asli,
kemahiran kraftangan dan jualan barangan kemudahan asas adalah
antara potensi utama perniagaan di Lojing di samping pertanian tanah
tinggi. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan perlu diwujudkan bagi
memudahkan sebarang urusan berkaitan. Usahawan muslim perlu menilai
setiap potensi ekonomi di Lojing berdasarkan keperluan semasa di
samping mengambilkira kemudahan pengangkutan dan sistem kawal selia
pengumpulan produk perniagaan.

Download File / URL

[thumbnail of Perniagaan Usahasama dengan Masyarakat Temiar di Lojing.pdf] Text
Perniagaan Usahasama dengan Masyarakat Temiar di Lojing.pdf

Download (154kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 14 Aug 2016 06:46
Last Modified: 23 May 2022 11:30
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9161
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2