Digital Special Collection Portal

Pemahaman ibu bapa terhadap masalah disleksia : Jeli, Kelantan


Citation

Tg. Iffah Binti Tuan Yazid and See Soo Yin (2015) Pemahaman ibu bapa terhadap masalah disleksia : Jeli, Kelantan. In: Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosial Islam (ICIESE 2015). (Unpublished)

Abstract

Disleksia bukanlah satu penyakit yang bersifat patologi. Ia merupakan gangguan dalaman yang berlaku dalam diri kanak-kanak yang menghalang perkembangan bahasa daripada berlaku. Masalah disleksia dalam bidang pendidikan sudah banyak dibincangkan oleh para penyelidik sebelum ini. Rata-rata yang terlibat adalah dari kalangan para guru sekolah aliran biasa mahupun berpendidikan khas. Namun kajian berkenaan ibu bapa tentang disleksia masih kurang dalam konteks negara Malaysia. Di Barat, ia sudahpun dikaji oleh sebilangan penyelidik. Hakikatnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak disleksia kerana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur tahap pemahaman ibu bapa terhadap masalah disleksia. Kajian ini dijalankan di daerah Jeli, Kelantan dan berbentuk kuantitatif. Soal selidik dijalankan ke atas 24 orang responden yang terdiri daripada para ibu bapa. Hasil kajian menunjukkan terdapat sesetengah ibu bapa di kawasan luar bandar faham tentang ciri-ciri disleksia secara umum. Namun dari segi punca dan rawatan, mereka tidak memahami sebab berlakunya gejala sebegini. Oleh itu pihak berwajib seperti badan kerajaan dan NGO perlu berganding bahu dalam menyelesaikan masalah ini. Mereka boleh meningkatkan pemahaman berkenaan disleksia melalui penubuhan bengkel-bengkel, seminar dan pameran.

Download File / URL

[thumbnail of PEMAHAMAN IBU BAPA TERHADAP MASALAH DISLEKSIA JELI, KELANTAN.pdf] Text
PEMAHAMAN IBU BAPA TERHADAP MASALAH DISLEKSIA JELI, KELANTAN.pdf

Download (132kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Uncontrolled Keywords: Disleksia- Ibu bapa- Pemahaman
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 15 Feb 2016 07:22
Last Modified: 23 May 2022 12:07
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9122
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2