Digital Special Collection Portal

Penggunaan aplikasi atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga : pengenalan kepada quizlet.com


Citation

Ahmad Zaki Amiruddin and Ahmed Thalal Hassan and Ahmad Abdul Rahman and Nor Abdul Rahman and Mohd Shahriman Abu Bakar (2014) Penggunaan aplikasi atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga : pengenalan kepada quizlet.com. In: Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014), 09 – 10 April 2014, Batu Pahat, Johor.

Abstract

Pembelajaran kursus bahasa ketiga dilihat sangat penting dan mula diperkenalkan di institut pengajian tinggi (IPT) bagi meningkatkan kebolehpasaran para graduan. Pelbagai teknik dan pendekatan diketengahkan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa ketiga lebih menarik dan efisien. Sejajar dengan kemajuan global, para pengajar mula tertarik untuk menggabungkan proses P&P dengan kemajuan teknologi, seperti; aplikasi atas talian (Online Application) sama ada secara percuma mahupun secara berbayar. Menyedari kepentingan ini, satu tajuk dibentangkan bertujuan memperkenalkan sebuah laman sesawang; iaitu Quizlet.Com yang menyediakan aplikasi atas talian khas bagi tujuan P&P. Kajian ini melibatkan pengenalan kepada aplikasi tersebut, kelebihan aplikasi, fungsi secara umum dan fungsi secara khusus untuk P&P bahasa ketiga yang difokuskan kepada bahasa Arab, serta hasil pembelajaran yang mampu diperoleh daripada proses P&P setelah menggunakan aplikasi tersebut beserta lampiran contoh bergambar. Dapatan kajian menyokong aplikasi atas talian ini bukan sahaja lebih menarik minat para pelajar, bahkan amat bersesuaian untuk proses P&P bahasa ketiga berdasarkan fungsi yang disediakan di dalam aplikasi tersebut. Melalui kajian ini, diharapkan dapat merancakkan lagi perkembangan teknik dan pendekatan proses P&P yang digabungkan dengan kemajuan teknologi terkini.

Download File / URL

[thumbnail of Conference Paper 1.pdf] Text
Conference Paper 1.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Uncontrolled Keywords: Bahasa ketiga - e-learning - Aplikasi komputer - Pengajaran & pembelajaran - Teknologi.
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 14 May 2014 01:45
Last Modified: 23 May 2022 12:16
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9083
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2