Digital Special Collection Portal

Keperluan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar Oku (Orang Kelainan Upaya) fizikal di Universiti Malaysia Kelantan: kertas cadangan


Citation

See Soo Yin and Liyana Ahmad Afip (2013) Keperluan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar Oku (Orang Kelainan Upaya) fizikal di Universiti Malaysia Kelantan: kertas cadangan. In: Seminar Sains Kemanusiaan OKU Peringkat Kebangsaan 2013 (SKOKU), 18 Mei 2013, Hotel Sutera Inn, Kota Bharu Kelantan. (Unpublished)

Abstract

Walaupun mempunyai kekurangan sama ada dari segi anggota (penglihatan, pendengaran, atau fizikal) ataupun mental, golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) di Malaysia tidak pernah ketinggalan menyumbang bakti dan jasa terhadap pembangunan negara. Namun, sejauh manakah mereka mampu bersaing dalam arus pemodenan negara yang pesat ini terutama dari segi persaingan mendapatkan pekerjaan? Justeru, kajian ini ingin mengkaji persepsi golongan OKU fizikal terhadap penguasaan bahasa khususnya bahasa asing sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan pekerjaan serta mengenalpasti persepsi majikan (yang pernah/sedang menggaji golongan OKU sebagai pekerja) tentang ciri-ciri kemahiran insaniah (soft skills) selain daripada kemahiran berkomunikasi yang perlu ada pada OKU untuk keperluan pekerjaan. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini akan dijalankan ke atas 15 orang pelajar OKU fizikal dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan, iaitu satu set soal selidik serta kaedah temubual majikan (kualitatif). Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada golongan OKU tentang kepentingan menguasai bahasa asing sebagai nilai tambah untuk bersaing mendapatkan pekerjaan serta dapat menggalakkan pihak majikan terutama dari sektor pekerjaan profesional supaya memberi ruang dan bersedia untuk menerima golongan OKU bekerja dengan mereka.

Download File / URL

[thumbnail of Kajian OKU (See & Yana) (1).pdf] Text
Kajian OKU (See & Yana) (1).pdf

Download (116kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Uncontrolled Keywords: Bahasa asing - Pelajar OKU - Peluang pekerjaan - Kemahiran insaniah - Persepsi majikan.
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
Depositing User: Repository Admin
Date Deposited: 19 Dec 2013 04:45
Last Modified: 23 May 2022 12:20
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9062
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2