Digital Special Collection Portal

Globalisasi sebagai satu kolonialisme bentuk baru dan kesan kepada ekonomi


Citation

Nurul Hasliza Mohd Razmin and Nur Izzati Mohamad Anuar and Nur Dalila Mat Yusoff and Nik Malini Nik Mahdi (2013) Globalisasi sebagai satu kolonialisme bentuk baru dan kesan kepada ekonomi. In: International Conference on Social Science Research 2013, 04 - 05 Jun, 2013, Penang, Malaysia. (Unpublished)

Abstract

Kolonialisme adalah amalan perluasan kuasa dan penguasaan negara, terutamanya dengan kawalan langsung ke atas wilayah politik atau ekonomi negara lain (Goldstein,J.S & Pevehouse,J.C, 2006). Pada masa kini, istilah imperialisme atau kolonialisme tidak lagi digunakan untuk menggambarkan sebagai penaklukan secara langsung tetapi lebih dikenali sebagai agenda tersembunyi. Berbeza dengan bentuk penjajahan pada abad yang lalu yang mana ia bersifat kekerasan dan paksaan. Namun penjajahan bentuk baru lebih kepada perubahan sikap, tanpa ada unsur paksaan dan kekerasan. Neo-kolonialisme begitu berkesan daripada penjajahan bentuk lama. Penulisan ini membincangkan bahawa fanomena globalisasi boleh memberi peluang kepada negara maju untuk memperluaskan penguasaan mereka ke atas negara mundur atau sedang membangun. Teori Modern World System yang diperkenalkan oleh Immanuel Wallenstein pada abad ke-16 akan gunakan untuk membuktikan bahawa penjajahan bentuk baru wujud dalam era globalisasi. Syarikat multinasional (MNC), institusi kewangan antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dilihat sebagai alat oleh negara yang berkuasa untuk mengawal negara membangun

Download File / URL

[thumbnail of Paper 1.pdf] Text
Paper 1.pdf

Download (258kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: 2013
Uncontrolled Keywords: Globalisasi - Kolonialisme bentuk baru - Core - Periphery - Semi-periphery - Syarikat multinasional (MNCs) - Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) - Bank Dunia/World Bank.
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9041
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2