Digital Special Collection Portal

Cabaran usahawan bumiputera kitar semula : satu tinjaun di Kelantan dan Terengganu


Citation

Mohd Rafi Yaacob and Abu Hanifah Yusof and Nik Mazlan Nik Husain (2012) Cabaran usahawan bumiputera kitar semula : satu tinjaun di Kelantan dan Terengganu. In: Seminar Kebangsaan Kolej Komuniti, 31 Oktober - 1 November 2012, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. (Unpublished)

Abstract

Dalam dua dekad kebelakangan ini aktiviti perniagaan kitar semula telah menjadi industri yang semakin diterima di seluruh dunia. termasuklah Malaysia. Kewujudan industri ini memberi peluang keemasan kepada usahawan untuk menjadikannya suatu perusahaan yang boleh diceburi dan sebagai kerjaya usahawan disamping meraih keuntungan wang ringgit dan peluang pekerjaan tetapi pada masa yang sama menyumbangkan kepada kebaikan alam sekitar kerana aliran sisa boleh dikurangkan apabila bahan dikitar semula- menyumbangkan pembangunan lestari di Malaysia. Industri ini unik kerana tidak ramai lagi usahawan-usahawan yang terlibat denganya. Melihat kepada relevannya industri ini. Kajian ini mengutip data dan seterusnya mengupas penglibatan usahawan bumiputera dan keusahawanan alam sekitar di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Kajian ini telah meninjau cabaran-cabaran yang dihadapi dalam perniagaan mesra alam ini melalui temu bual yang dijalankan dengan 21 usahawan kitar semula di Kelantan dan Terengganu. Maklumat yang dikutip dari kajian berbentuk eksploratori ini telah mengenalpasti antara cabarannya ialah harga bahan kitar semula yang turun naik, masyarakat Melayu di Pantai Timur masih baru dan tidak berpengalaman, pandanagan negatif masyarakat terhadap perniagaan kitar semula, kesukaran mendapatkan pekerja, isu kecurian dan juga kesukaran mendapatkan lesen dari pihak berkuasa. Satu model cabaran kepada industri ini telah dihasilkan dan input yang diperolehi amat berguna kerana ianya adalah gabungan pengalaman yang diperolehi daripada 21 usahawan kitar semula di kedua-dua negeri terlibat. Diharapkan dapatan kajian ini akan membantu bakal usahawan kitar semula dan usahawan yang sedia ada, pihak kerajaan dan penyelidik-penyelidik lain yang ingin mengkaji secara melebar dan mendalam tentang industri ini.

Download File / URL

[thumbnail of Paper 6.pdf] Text
Paper 6.pdf

Download (605kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: 2012
Uncontrolled Keywords: Usahawan kitar semula - Pembangunan lestari - Alam sekitar
Faculty/Centre/Office: Faculty of Entrepreneurship and Business
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9015
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2