Digital Special Collection Portal

Makyong dua indera :ekplorasi kreatif menerusi animasi


Citation

Ahamad Tarmizi Azizan and Ab. Aziz Shuaib and Fauzi Hj. Ab. Llah (2011) Makyong dua indera :ekplorasi kreatif menerusi animasi. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Kemajuan ekonomi Jepun telah memaksa negara barat, khususnya Amerika Syarikat untuk
melaksanakan agenda inovasi pada penghujung tahun 1990an dengan menjana ekonomi
kreatif. Malaysia telah mengistiharkan tahun 2009 sebagai Tahun Kreatif dan Inovatif,
manakala tahun 2010 sebagai Tahun Industri Kreatif. Selaras dengan hasrat ini, Fakulti
Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah
mempraktikkan kaedah praktik studio sebagai Model Pembangunan Projek Tahun Akhir bagi
pelajar program Teknologi Kreatif. Menerusi model ini, pelajar tahun akhir akan menjalani
tiga proses penyelidikan iaitu (1) penyediaan proposal penyelidikan (semester 6), (2)
pengumpulan data semasa menjalani latihan industri (semester 7) dan (3) membangunkan
serta mempamerkan projek sebenar (semester 8). Model ini menekankan kaedah praktik
studio dan pendekatan keusahawanan menerusi penglibatan pelajar di industri bagi
pembangunan produk akhir dalam bidang multimedia (pembangunan Animasi Mak Yong
bertajuk Dua Indera dengan kerjasama syarikat Hezcomm Sdn. Bhd.). Hasil dan impak
daripada pelaksanaan kaedah ini, didapati model ini berupaya mendorong pelajar tahun
akhir untuk menghasilkan produk yang berkualiti setaraf dengan piawaian industri. Justeru,
kertas kerja ini akan membincangkan pengalaman Jabatan Rekabentuk dan Teknologi
Kreatif, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK dalam melaksanakan kursus-kursus
berasaskan praktik studio dan pendekatan keusahawanan dalam bidang Teknologi Kreatif
bagi menyumbang kearah pembangunan industri kreatif Negara.

Download File / URL

[thumbnail of Paper 3.pdf] Text
Paper 3.pdf

Download (610kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: January 2011
Uncontrolled Keywords: Industri Kreatif - Teknologi Kreatif - Keusahawanan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Creative Technology and Heritage
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8928
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2