Digital Special Collection Portal

1Malaysia = 1Bahasa: sebuah mediator pemersatu kaum di Malaysia


Citation

Yohan Kurniawan and Nur Azuki Yusuff (2012) 1Malaysia = 1Bahasa: sebuah mediator pemersatu kaum di Malaysia. In: Regional Conference on Cross-Culture Communication and National Integration 2012, 19 – 21 Jun 2012, Hotel Palace of the Golden Horses, Mines , Kuala Lumpur.. (Unpublished)

Abstract

Bahasa merupakan salah satu identiti sebuah bangsa, bahasa juga merupakan salah satu alat pemersatu kaum-kaum yang berbeza. Konsep 1 Malaysia merupakan salah satu konsep yang bercirikan persatuan dan perpaduan kaum di Malaysia, dan konsep 1 Bahasa iaitu Bahasa Melayu merupakan konsep yang baik bagi menyokong terwujudnya konsep 1 Malaysia. Permasalahan yang wujud di Malaysia semasa ini adalah masing-masing kaum menggunakan bahasa kaum (bahasa ibu) mereka berbanding Bahasa Melayu. Isu lain sehubungan dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pergaulan di Malaysia adalah isu hak asasi. Sehubungan dengan itu, masyarakat di Malaysia perlu memahami anjuran penggunaan Bahasa Melayu dalam pergaulan dengan kaum lain merupakan cara untuk merapatkan perpaduan kaum di Malaysia, dan bukan merupakan larangan menggunakan bahasa ibu mereka. Jadi isu hak asasi penggunaan bahasa ibu dalam kehidupan harian masyarakat di Malaysia sepatutnya tidak wujud, kerana kerajaan tidak pernah mengeluarkan larangan penggunaan bahasa ibu sebagai bahasa harian masyarakat Malaysia. Berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghubung antara kaum di Malaysia, kerajaan perlu mengambil beberapa langkah penting dan berkesan untuk memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Kertas pembentangan ini bertujuan untuk membincangkan peranan, hambatan dan isu-isu semasa penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Download File / URL

[thumbnail of Paper 4.pdf] Text
Paper 4.pdf

Download (529kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Collection Type: Institution
Date: June 2012
Uncontrolled Keywords: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pemersatu - Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Faculty/Centre/Office: Faculty of Language Studies and Human Development
URI: http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8907
Statistic Details: View Download Statistic

Edit Record (Admin Only)

View Item View Item

The Office of Library and Knowledge Management, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan.
Digital Special Collection (UMK Repository) supports OAI 2.0 with a base URL of http://discol.umk.edu.my/cgi/oai2